sEcRetS.
Orang selalu cakap, setiap orang ada mereka punya cerita sedih, cerita gembira, cerita sadis dan macam-macam cerita la. Heh. Aku pun ada cerita aku yang pelbagai. Cerita tentang kisah hidup aku yang emm, biasa-biasa je. Tapi, orang selalunya tidak memandang kepada cerita yang biasa-biasa ni. Jadi aku akan membuatkan cerita ini lain daripada yang lain. Haha. Macam mana ek? Aku bukanlah penulis novel yang hebat laksana Hlovate yang telah menghasilkan Rooftop Rant dan Versus. Che wah, ayat nak bajet je si Ashraff ni. Dua novel yang sangat aku minat daripada penulis novel tersebut walaupun sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, Hlovate tu lelaki ke perempuan.
Erk? Macam mana boleh masuk tentang Hlovate ni. Hari ini hari Ahad. Puasa yang ke 19. 29 Ogos 2010. Jam sekarang menunjukkan pukul 11.20 pagi. huargh ! aku belum study pun lagi untuk SPM ni. Cup ! aku ada study la tadi. Bab 3 & 4 sejarah tingkatan 4. Huhu. Habislah juga 2 bab aku kampoi pada hari ini. Baiklah, cukup bab merapu dan meraban. Mari kita pergi ke tajuk utama. Ngaa, disebabkan aku yang menulis jalan cerita ini, maka aku akan membuatkan cerita ini sedikit luar biasa.
Bukanlah maksud aku luar biasa itu, tetiba turun Ultraman Taro turun dari langit untuk menyelamatkan umat bangsa manusia. Anda-anda sekalian sangat luar biasa. Tolonglah. Aku tidak melayan scene Ultraman Taro ok. Aku layan Crayon Sin-Chan je.
“ kau tu kan Bo-chan. Mestilah layan scene sin-chan je.” Sampuk seseorang.
Gelak.
Ewah-ewah anda semua. Galak ye kamu gelakkan saya. Kang ada je nanti yang dapat watak Lord Voldemort dalam cerita ni. Kejam tak aku? Mua hahaha.
Stop it la anda-anda semua. Kalau novel ini tidak siap, anda-anda sekalian akan menyalahkan saya sebagai penulis novel. Isy, kejam betul la kengkawan aku ni. Tidak baik betul. Suka sangat pesongkan niat aku bila tetiba terbuka hati aku hendak mengarang walaupun tentang seekor arnab bernama Bunny.
“eh, tu bukan cerita yang ditulis oleh Joanne Kathleen Rowling ke?” sampuk seseorang lain pula.
Aku menjulingkan mata ke atas. Memang la kawan-kawan saya suka menyibuk. Tapi kan tanpa kawan-kawan, aku tidak akan mampu mengarang pada hari ini.
“ aku dah tahu,” sampuk kawan yang lain.
Aku tersenyum. “ korang ni memekak la. Aku nak taip pun terganggu.” Marah aku.
Gelak.
Betul. Tanpa kawan-kawan aku. Aku tidak tahu apa yang akan jadi kepada aku. Kawan-kawan adalah kenangan yang terindah pada aku. Mereka sangat caring. Macam seorang kawan aku cakap. Sharing is caring.
“ ayat aku tu. Takde ayat lain ke?”
Ceh. Aku mencebik. Aku baru guna sikit dah nak sibuk. Aku keluarkan watak kau dari novel aku baru tahu. Haha. Aku senyum seorang-seorang.
“ kau apesal?” tanya seorang lagi. “ senyum seorang-seorang dari tadi. Makruh tahu tak?” ceramah si kawan ni.
“Aiseh. Kau ni nak ceramah pun tunggu la jumaat next week. Nanti aku cakap dengan Tok Siak masjid Ahmadi, suruh kau je yang bagi khutbah jumaat ni.”
“ eh, tak nak la.” Si dia terus blah dari sisi aku. Aku tersenyum. Itulah kawan aku yang pelik lagi pelik.
Cerita ini tentang kawan-kawan. Huhu, sorry la kepada yang membaca novel ini dan mengharapkan ini novel cinta. Maaf ya. Saya baru 16 tahun. Masih di bawah umur.
Harap maklum. So, ini novel tentang kawan-kawan. Kawan yang sangat masyuk. Kawan yang up sama-sama, down sama-sama. Kawan yang sama-sama tidur dalam kelas biology.
Eh, syhh. Itu rahsia kami. Rahsia 5 Sains. Sebab tu la nama novel ni Secrets. Sebab apa yang aku bakal cerita ni, semuanya rahsia yang bakal didedahkan. Haha. Get ready !
1 ulasan:
mne bndenye.????
Catat Ulasan