Khamis, 9 September 2010

~ chapter 8 ~ page 49

The revenge from Congeniality to Truly Gossip.
Chapter number 8.


“ the day is coming.” Bisik Adelia.

Suasana di kantin agak hingar bingar dengan suara Sara yang menjerit kerana ada budak lelaki yang telah membaling lipas palsu ke arahnya.

“ memekak betul la minah lopak tu.” Rungut Tina. “ tadi kau cakap apa Adelia?”

“ aku rasa misi tu, kita boleh buat hari ni.” Kata Adelia satu persatu.

“really?” tanya Lily. Matanya mengecil melihat tingkah laku Sara yang makin kuat menjerit. “ aku rasa minah lopak tu memang macam nak kena baling kapak je.”

“ lupakan pasal Sara. Ok set. Aku on je. Jangan risau. Aku mesti boleh trace Truly Gossip punya.” Kata Shasha.

Sara menjerit memanggil nama Ariq. “ Ariq! Tolong!” Menjerit. Shasha menjeling Sara.

“ on.”kata Lily pendek.



Lily sedang duduk di Taman Croton sambil mendengar lagu dari i-pod miliknya. Tidak lama kemudian datang seorang lelaki menghampiri Lily. Lelaki itu duduk di hadapan Lily. Si gadis mengerutkan keningnya. Dia memandang lelaki tersebut.

“ nak kenal boleh?” sapa si jejaka. Lily dah pelik tahap habisan. Dia memandang kiri dan kanan. Ni kenapa pak cik seorang ni. Meroyan ke apa? Nak rasa makan kasut aku ke? Aku pun dah lama tak basuh kasut.

“ er, sini bukan kawasan mangsa untuk buaya ya.” Ni lelaki mana masuk sekolah aku ni. Mesti kejap lagi ada van dari Tanjung Rambutan datang sekolah aku kejap lagi.
Tina pun pergi mana la dia ni.

“tak boleh kenal ke?” tanya si jejaka lagi.

“mestilah tak!”kata Lily defensive.

“boleh la.” Kata si jejaka lagi. Sah, memang nak makan kasut dengan aku ni.

“ nama saya....”

“tak tanya !” kata Lily pantas. Dia bingkas bangun dari kerusi. Si jejaka pantas menarik tangan Lily. Lily terkejut.

“ hei !” tengkingnya. Dia bengang. Dia memukul kepala lelaki itu dengan kuat berulang kali.

“aw, aw, sakit.” Lelaki itu cuba menutup kepala dengan tangan. “ stop it !!” jerit lelaki. Lily tidak ambil peduli. Dia masih memukul. Handphone Lily berbunyi.


Spot.
Seems like Lily Nadia have new boyfriend here. What kind a shame. She really witch. She had stolen Ariq Ulwan’s heart and also Umair Taqriz’s heart. Now? She got a new talent. Other than her intelligent, right now i know she kind like a bitch! Oh! My god. Your secret got to boom. Sorry little L. Maybe all the student will hate you.
XoXo, Truly Gossip.


Lily angkat kening. Dia mengalihkan pandangan dari handphone ke arah lelaki di hadapannya.

Sengih. “ sorry,”

“ whatever, huh.” Si lelaki berlalu dari situ.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...