Selasa, 21 September 2010

~ page 51

Lily sampai di perpustakaan. Tidak kelihatan Tina, Shasha mahupun Adelia. Lily melilaukan kepalanya sana sini. Ramai pelajar berada di perpustakaan and how to find truly gossip? Adoyai. Kepala otaknya dah sakit.

“lily,” tegur Adelia. Shasha dan Tina datang menghampiri. Shasha membawa notebooknya sekali.

“ macam mana?” tanya Lily kepada Shasha.

“ well, apa yang aku dapat simpulkan, Truly Gossip still dalam library lagi tapi masalahnya..” Shasha memandang Lily.

“ terlampau ramai pelajar.” Sambung Lily pendek.

“ you got it right. Macam mana ni?” tanya Shasha sambil memandang kawan-kawannya.

Adelia menggigit bibirnya. “ shasha, kurangkan perimeter kemungkinan di mana Truly gossip berada.” Pinta Adelia. “ boleh kan?”

“sekejap ya.” Shasha meletakkan notebook di atas meja sambil jarinya ligat menari. Sambil itu Lily melilaukan pandangannya untuk mencari sesiapa yang dicurigainya di perpustakaan ini.

“ gotcha.” Bisik Shasha. “ fiction.”

“ nombor?” tanya Tina.

Jari Shasha pantas bergerak lagi.

“ nanti mesej aku.” Bisik Lily.

“ok.” Balas Tina.

Lily bergerak menuju ke bahagian fiction. Memang sudah diketahuinya bahawa bahagian fiction di SMK Raja Kurshiah amat luas. Terbahagi kepada 4 bahagian utama. 0000-1000 untuk fiksyen melayu. 1001-2000 untuk fiksyen inggeris. 2001-3000 untuk fiksyen cina dan 3001-4000 untuk fiksyen india. Truly Gossip boleh berada di mana-mana sahaja. Handphone Lily berbunyi.

Mesej dari Tina.

0000-2000. ko dkt ne?

Lily pantas membalas.

640-720.

Tina membalas lagi.

Cari smpai jumpa. Shasha try kcik kn area. Roger n out. Hehehe.

Lily tersengih.


p/s
my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...