Ahad, 11 Julai 2010

selingan..al~kisah..my own story..day 3..part a..

hari ini, hari khamis. emm, cuaca elok dan sihat walafiat. ok dokie. =) hari ni ada explorace kimia dekat BK dengan miss qama da bahas octet gurl. mr acad da prefect form 4 and miss farha da next pantun gurl pun join sama jugak. diorang berdua masuk pertandingan experiment. seems like rasa berdebar-debar tahap gaban la the heart.

aku n kengkawan sampai BK around 8.30. biasa la, klang. jam memanjang kalau waktu orang nak pergi pejabat. seperti yang di jangka, aku jumpa kengkawan lama macam nazrin from meru. aku jumpa dia masa pergi kem kepimpinan. haziq also from meru. head prefect smk meru. aku kenal dia masa tengok wayang sesama dengan mr iskandar da gatal teen, miss malyn da gossip girl n miss effah da PSS girl. next, acap. aku jumpa dekat kem kursus sukan n masa pertandingan forum. acap pun join tengok wayang sama gak masa tu.

pastu, entah macam mana boleh pulak jumpa budak paling anti. menyampah gila. takde orang lain ke? asyik-asyik budak tu gak. pembahas pertama fom SKI. adoyai. nak termuntah aku tengok dia. blueek..=(

aku dah cepat-cepat blah pergi tandas. disebabkan BK tu sekolah fully perempuan, mula-mula menjenuh jugak nak vari tandas tetamu. dan aku seperti biasa memaniskan muka untuk bertanya.

" err, boleh tanya tak, kata mana ek tandas?" haha. lebih kurang macam tu lah aku tanya. and seems like pemabahas pertama SKI tu tangah berborak dengan miss qama. aku tengok miss qama dah cemberut mukanya. aku dah nak tergelak terguling-guling. sabar je la ek mak cik.

aku pantas mendapatkan miss qama untuk pendaftaran explorace kimia. aku dapat group 3 n miss qama dapat group 4. lepas tu, lebih kurang dalam masa 10 minit kemudian, aku dan peserta lain dikumpulkan di dewan. dalam perjalanan ke dewan, miss qama sempat berbisik kepada aku.

" menyampah gila aku dengan perempuan tu. boleh pulak dia ingatkan balik pasal bahas dulu. angin je aku." kutuk miss qama.

" erk ? dia kata apa je?" aku pantas bertanya.

" dia kata, sorry aa yang pasal dulu tu. " miss qama meniru gaya perempuan tu. " dah lepas tu lepas la. ni nak ingatkan aku balik. sengal je."

aku gelak je. " ni ke yang kau kata dah lupakan pasal bahas. aku nak tergelak."

" diam la." balas miss qama.

selepas berada di dewan, kitorang pantas di bahagikan mengikut kumpulan seperti yang di bahagikan di meja pendaftaran.

" qama, " aku pantas memanggil qama.

" apa dia." balas qama.

" aku dengan kau je yang satu-satunya malay dalam group masing-masing. yang lain semua ada la 2,3 orang melayu. aku dengan kau je yang melayu dalam group."

" tahu takpe." jawab miss qama.


pertandingan bermula tak lama lepas tu. first task, kena bina model atom. aku kena bina model alkene. ok la gak. nasib baik senang. cuma double bond je yang buat aku kena semak banyak kali model atom tu. tapi still dapat full mark and bonus mark..huhu. tak ke bagus. lupa nak cakap, dalam team aku, ada 4 orang chinise, 2 indian dan aku lah malay sejati..sesorang. sedihnya.

continued...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...