p/s..sebelum baca my own story..day 2..sila baca my own story..day 1 untuk faham...jangan lupa juga untuk sentiasa membaca my evil girl name's Lily..
may allah bless us..i love u..
12.00 tengah hari.
aku merenung jam yang terdapat pada dinding makmal 3. jam 12 tengah hari. sekarang mata pelajaran biology. cikgu belum masuk lagi. aku tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling. kelas dah gaya macam kena langgar dengan cowboy tak bertauliah.
adoyai. apa aku merepek ini. baik aku siapkan buku ni. untuk miss malyn da gossip girl. heh, mentang-mentang tahun ni, tahun terakhir belajar dekat sini, masing-masing dah gamak serah buku personal untuk tulis maklumat peribadi. macam si malyn da gossip girl ni. tak faham sungguh aku. perempuan~ leceh.
2 petang.
aku tengah menghadap buku rujukan kimia sebab khamis ini ada explorace kimia dekat BK. suasana di perpustakaan sekolah itu senyap sunyi namun kadangkala terdapat juga bunyi bising yang di hasilkan daripada Tv yang di pasang. aku menjenguk TV. erk ? mr. bean? aku dah nak tergelak. dah berzaman sungguh cerita ini. tak membesar langsung.
" uit. " sapa miss sya. aku mengangkat muka daripada buku rujukan.
" apa dia ? " tanya aku. miss sya sengih. dia mengambil tempat di sebelah aku.
" semalam kau ada wall post something ek kat fb? " tanya miss sya ingin tahu. aku mengerutkan dahi.
" apa ke jadahnya kau tanya. tak relevan sungguh. dah hari-hari aku menghadap fb mestilah aku wall post benda tu. kenapa ?"
" ada budak tanya."
huh. aku terkedu. " siapa?"
" budak kelas kita gak." kata miss sya seakan ingin rahsia.
" siapa?"
" ala, masa kelas bio, kau perasan siapa je yang berkerumun sekumpulan? " jawab miss sya. gadis tersebut mengeluarkan buku conteng. aku sedang memikir. huh ? siapa ek ?
emm..oooo..gotcha.
" miss yati da master of ikan tu ye."
miss sya menjulingkan mata ke atas. " lambat sungguh meneka." gumam miss sya.
" oo,, dia tanya apa je?" aku dah menutup buku rujukan kimia. miss sya sedang leka menulis sesuatu.
" kau buat apa?" aku bertanya lagi.
"tengah buat skrip untuk perasmian hari koop. kau cakap nak tolong kan? jangan buat-buat lupa. aku debik kang." amaran miss sya.
aku dah tepuk dahi. " adoyai girl, aku lupa la."
"aku dah agak. "
" nanti-nanti aku tolonglah. girl, miss yati da master of ikan tanya apa ? " miss sya memandang ke arah aku.
" dia tanya aku ,betul ke kau tu dah couple?"
aku dah nak tergelak. " gila dasat. frankly speaking, takde ..."
" dont tell me kau dah couple dengan A." miss sya dah pandang gaya apa je.
" gila kau !!!" aku tingkah. " never la. over-my-dead-body." kata aku sepatah demi sepatah.
miss sya dah buat muka. " over my dead body konon. entah pape punya quote."
" whatever. skang pukul barapa? " aku bertanya kepada miss sya. gadis itu melihat jam tangannya.
" 3.30 petang. surau ?" tanya dia.
"iyap," aku pantas menjawab lalu bangun untuk menuju ke surau. solat zohor.
3.30 petang.
aku pantas menuju ke surau,sekarang surau kosong sebab budak form 1 tengah rehat sekarang and budak form 2 tengah PnP. ketika melalui laluan gajah menyusur, tetibe ustazah noraidah panggil aku.
" nazrul, kamu nampak syaza tak ?"
" dia ada kat PS."
" kamu nak pergi mana ni? solat ea?"
aku senyum. "a'ah."
" nanti kamu jumpa syaza, suruh dia jumpa cikgu huda dekat bilik guru."
" huh? sebab apa?"
" cikgu huda yang uruskan lakonan untuk minggu depan. kamu tak tolong syaza?" tanya ustazah noraidah lagi.
" tolong. tapi sikit-sikit la. tolong buatkan skrip." sengih.
"emm, bagus lah. tolong sama-sama. dah ka, kamu pegi solat dulu. nanti jangan lupa uruh syaza jumpa cikgu huda."
"ok."
4 petang.
" jom ikut aku." aku pantas mengajak miss sya. gadis itu kelam.
"huh? pergi mana?"
"jom la. tak payah banyak tanya." miss sya mencebik.aku membawa miss sya turun ke bilik guru sambil menerangkan apa yang ustazah rohaidah sampaikan sebentar tadi.
" oooo.. tapi, siapa cikgu huda?" tanya miss sya.
" manalah aku tahu." balas aku balik. muka miss sya bertambah selenga. " nanti tanya la dekat cikgu yang ada kat bilik guru. haru sungguh la kau ni."
and the rest is history....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan