Ahad, 11 Julai 2010

~ page 38

Umair baring terlentang di atas katil bujangnya. Dia mengeluh. Dia mengambil telefon bimbitnya untuk melihat waktu pada ketika itu. Baru 11 malam. Dia mencapai headphone lalu mendengar AT40 with Ryan Seacrest. Semalam secara rasmi fashion week tamat setelah tamat acara fashion show. Thakif dan kengkawannya dah selamat sampai KSD petang tadi. Entah macam mana rahsianya sebagai adik Thakif Iman boleh terburai. Walaupun hanya Lily sahaja yang tahu. Tapi, tetap dikira sebagai terburai right? Adoyai. Dia teringat kembali peristiwa ngeri tu.

Hari kejadian ngeri tersebut berlaku. Tak ingat bila. Heh, siapa kisah.

“ adik !!!” suara Thakif hampir serak memanggil adiknya.

“ kejap !!” laung Umair dari tingkat atas.

“ cepat!!” jerit Thakif lagi. Kelihatan Thakif menggaru kepalanya yang tidak gatal. “ Riana !! cepat laa.”

“ Along.” Panggil Puan Ruby. “ kenapa terpekik maghrib-maghrib ni. Tak sopan sungguh.” Leter Puan Ruby. Thakif hanya sengih.

“ sorry mama.”

“ i’m coming.” Riana turun dengan tergesa-gesa dari tingkat atas.

“ tak lari la jJ tu. Adoyai abang ni.” Rungut Umair sambil membetulkan spiky hairstyle.”

“whatever.” Jawab Thakif pendek. “ mama, pergi dulu.” Thakif pantas menyalami tangan Puan Ruby pantas diikuti oleh Umair dan Riana.

“ pergi dulu mak cik.” Lambai Riana.

“ hati-hati.” Pesan Puan Ruby.




Thakif memarkir kereta Myvi di temapt parkir yang disediakan.

“ kita nak tengok cerita apa hari ini?” tanya Umair. Thakif hanya menangkat bahu.

“ any suggestion?” tanya Riana.

“ emm, how about prince of persia?” cadang Umair. “ cerita baru. Nice movie la.”

“ ouh ok. I go with the flow.” Setuju Riana.

Ketiga-tiga mereka bergerak menuju ke lif yang paling berdekatan dengan mereka.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...