Jumaat, 4 Jun 2010

~ page 29

“ Well. First store. Nak lepak mana dulu?” Tanya Lily. Lilo dah blah pergi tengok wayang sebab Lilo tahu kalau siblingsnya pergi shopping sure lebih 2 jam. In the mind, Assassin.
“ Hmm,” Lyla jelas berfikir. “ Leny?” panggil Lyla.
Leny tak ambil pusing. Gadis tersebut dah melangkah ke dalam Mind’s Look Store. Lily dah masuk MPH bookstore. Lyla geleng kepala. Alahai adik-adikku ini. Lyla mengekori Leny. Dia lebih menggemari fesyen daripada buku.

Lily berjalan ke rak novel. Dia melihat atas bawah rak-rak buku tersebut. Dia menggaru-garu kepala sedikit. Buku mana yang best? Hatinya dah keliru. Dia mengambil buku bertajuk I’m your photographer by Ashra dan berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Sejurus membayar, Lily pantas keluar dari MPH untuk cari Leny dan Lyla. Sedang mencari,matanya tertancap pada seseorang yang baru sampai ke tingkat 2 ini. Betul-betul baru keluar dari pintu lif di depan matanya ini. Err, not depan mata la. Ada la dalam jarak 20 meter menyebabkan kehadiran Lily tidak disedari but.... Lily totally terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Thakif Iman dan Umair Taqriz!!
OMG!
Kelihatan thakif memegang bahu Umair. And uuu, ada Riana juga menyusul keluar daripada lif itu mendapatkan Thakif dan Umair. Kemudian ketiga-tiga mereka gelak.suasana jelas ceria di antara mereka. Lily dah berkerut dahi.What’s the heck is going on here?
Kelihatan di mata Lily, Riana, Thakif dan Umair bagaikan dah lama saling mengenali di antara satu sama lain. Dan ketiga-tiga mereka berjalan semakin menghampiri ke arah Lily. Lily tidak berganjak kerana jelas terpaku dengan apa yang dilihatnya.
“ Lily.” Lambai Riana. Muka Umair dah pucat lesi apabila melihat Lily. Lily pula terkedu dengan apa yang di lihat di hadapannya sekarang.

Suasana di kedai Sushi Sunrise itu gamat dengan gelak ketawa. Namun meja di sudut tepi itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi Riana berbual di telefon bimbitnya bersama rakannya. Lily memandang ke arah Umair. Totally speecless. Umair di hadapannya ini~ olala. Matanya hijau!dan bukannya coklat seperti selalu. Hijau macam. Lily merenung Thakif yang duduk di sebelah Umair. Lily mengeluh. Mata hijau macam Thakif.
“ Siblings?” Tanya Lily kepada Umair.
Umair hanya mengangguk senyap. Tiada pergaduhan seperti selalu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...