Jumaat, 4 Jun 2010

~ page 28

Disebabkan Leny tidak membeli baju untuk prom night esok, jadi malam itu, Lily, Leny, Lilo dan si kakak sulung, Lyla( sebutan Laila) pergi ke Jaya Jusco Bukit Tinggi untuk membeli baju yang sesuai.
“ Lyla.” Panggil Lily. “ Kenapa JJ Bukit Tinggi? Mangai jauh la tu.” Tanya Lily.
“ A’ah.” Sokong Leny. “ JJ sana kan jauh. Kenapa tak pergi Mid ke, sunway ke?” Kereta Honda itu pantas membelah lebuh raya.
“ Saja je.” Jawab Lyla pendek.
“ Saja je? Apa ke benda saja je tu. Menghabiskan minyak je.” Balas Leny balik.
“ Bosan la pergi tempat yang sama je. Tukar arah jap. Ambil angin baru ke.” Jawab Lyla.
“ Macam ada pape je.” Kata Lily makin lama makin perlahan.
“ mana ada pape. Jangan nak buat cerita dongeng kat dalam kereta ni. Kang nanti sis campak korang keluar dari kereta.” Gurau Lyla.
“ Lilo tak bersalah.” Kata Lilo perlahan.
Gelak.
“ Leny nak beli baju apa?” kata Lyla kepada Leny. “ Sis tengok baju Lily quiet well la. Dolce and Gabbana right?” Tanya Lyla kepada Lily.
“ You are totally correct.” Di radio sekarang kedengaran lagu Button-pussycat dolls-. Lyla pantas membawa kereta tersebut meredah lebuh raya. Sekarang dah sampai Klang.
“ Well, Leny will go dengan siapa?” Tanya Lily.
“ entah.” Leny angkat bahu. “ Tak tahu lagi. And u sis?” Tanya Leny balik.
“ Secreto.” Lily tersengih nakal.
“ Cett. Kedekut tahap gaban.” Leny mencebik. “ And you bro?” tanya Leny kepada Lilo pula.
“ Me?” Lilo tersengih. “ Secreto.”
“ Tak boleh bla.” Bisik Leny. Kereta Lyla dah masuk ruang parkir. Pantas keempat-empat mereka keluar dan menuju ke JJ dengan cerita yang tak sudah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...