“Woi ! berangan lagi.” Tegur Mimi sambil menepuk bahu Riana. Riana hanya tersenyum kelat.
“Mana ada aku berangan. Pandai-pandai je serkap jarang ek.”
“Kenapa kau takde pakwe?” Tanya Mimi pantas. Riana menggelabah. Bermacam-macam alasan cuba difikirkannya, namun semuanya tak masuk akal. Jadi, langkah yang paling mudah adalah dengan mendiamkan diri. Diam Riana. Diam. Jangan cakap apa-apa. Nanti tak pasal-pasal terlepas cakap la pulak. Riana hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Mimi pantas berkata lagi sambil menilik Riana dari atas hingga ke bawah.
“Nak kata kau tak cantik,cantik je aku tengok. Takde yang cacat cela pun. Lesung pipit ada,rambut pun cantik, body shape pun good looking. Tapi kenapa kau takde pakwe?”
“Yang kau sibuk-sibuk hal aku ni kenapa? Takdenya aku mati kalau takde pakwe.” Tetapi Mimi bagaikan tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Riana, malah terus menerus memberi tekanan kepada sahabat barunya itu.
“Aku carikan kau pakwe?”
“Mimi ! I need my privacy.”
“Irene….”
“Syyhhhh..”
“Ok,whatever. Tapi Irene…” Mimi terus berceloteh dan berceloteh tanpa menyedari bahawa Riana bagaikan berada di bulan. Terapung-apung tidak sedarkan diri. Riana hampir mati kebosanan. Dia lagi sanggup berhadapan dengan Puan Balqis yang sarkastik tu daripada mendengar Mimi melalut. Someone help me !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan