Jumaat, 30 Mei 2014

Press Conference of Peter Marvey : Magician Without Limit #VMY2014

assalamualaikum dan selamat petang serta selamat bersawan pada blog ini.



last week, almost last week la jugak, aku pergi ke The Loaf of Pavilion untuk Press Conference untuk Peter Marvey : Magician Without Limit ni. okay, before that, siapa tahu , siapakah itu Peter Marvey? hahahahahahha, aku tak tahu la kalau orang lain pernah dengar. aku rasa kalau anda ni merupakan peminat tegar cerita Now You See Me ataupun kau ni peminat kepada cerita Harry Potter series, might be kau akan kenal dengan Peter Marvey ni sebab dia ni adalah magician yang sangat power dan superb.

zaman dahulu kala, masa aku kecik-kecik, orang selalu kata, magician ni menggunakan ilmu hitam untuk buat magic tu dan aku pun yang agak bangang lagi dungu hanya percaya je la semua tu. tapi bila besar sikit, masuk sekolah menengah, baru la tahu bahawasanya magician tu mostly guna illusion eyes je. maksudnya mata kau ni diperdayakan la. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. okay, mata pun kira loser la jugak sebab senang-senang je diperdayakan.

okay, back to the topic.

1) who is Peter Marvey?

apa yang aku tahu pasal Peter Marvey ni dia adalah berasal dari Swiss. dia ada teater yang dia buat sendiri kat dalam rumah dia and itu menunjukkan yang dia sangat passion dalam magic. and dia selalu buat show kat situ, kat dalam rumah dia tu. which is ,,siapa yang nak tengok show kat situ adalah sangat susah and very the susah. kau kena tempah dia terlebih dulu untuk tengok show dia. well, dia magician yang sangat power kan? jadi bukan mudah nak tengok show dia. dia adalah sangat limited!

2) apa dia buat kat Malaysia sekarang ni?

well, now dia akan buat persembahan dekat Genting Highland and yolls boleh tengok magician dia dekat sana dengan harga yang murah. apa yang aku tahu, ni first time dia datang kat Malaysia and really excited gila babi punya bila dia datang Malaysia.

3) Magic apa yang dia boleh buat?

yellop puyoo dude, dia punya magic memang power la wakaupun semua tu hanyalah ilusi mata semata. dia ni memang tahap power la tapi still bukan dalam kategori Merlin, Voldermot ataupun Albus Dumbledore. tapi kalau dalam kategori manusia atau Muggle macam dalam cerita Harry Potter tu, dia ni boleh dikatakan antara ter power la jugak.

dia pernah menang banyak anugerah peringkat antarabangsa. antaranya ialah Golden Wand Trophy pada tahun 1996, Merlin Award of International Magicians Society tahun 2002, dia juga merupakan Swiss National Champion dari tahun 1993 hingga 1995.

dia boleh buat banyak magic for sure. tapi yang paling power dan paling superb adalah levitation. masa press conference dekat pintu masuk Pavilion dulu, dia ada terapungkan Hannah Tan, JJ dari Red FM dan jugak Cheryl Lee dari 988 FM dan ye, depan mata aku, dorang terapung macam apa je -,- serius rasa blerghhh dan wow gila. dan ye, dia adalah master of levitation.

4) Levitation tu apa?

daripada wikipedia

"Levitation is the process by which an object is suspended by a physical force against gravity, in a stable position without solid physical contact."

bahasa mudah dia ialah kau terapung. atau dalam bahasa Harry Potter, kau telah menggunakan sihir Wingardium Leviosa dalam kelas Mantera bersama Prof Flitwick. (pastikan sebutan GAR anda adalah jelas dan OOOOOOOsa anda adalah panjang bila sampai OOO tu)


5) saya rasa teruja nak jumpa dia. macam mana nak tengok show dia and of course macam mana nak jumpa dia?

actually Peter Marvey da mula buat show dia kat Genting International Showroom bermula dari 28 May 2014 sehingga 18 November 2014. tapi bukanlah setiap masa dia buat show and setiap jam dia buat show. dia pun kena rehat jugak kan? jadi, kalau nak tengok show dia atau usha persembahan levitation dia yang power gila barbie tu, korang boleh call

03-2718 1118 

ataupun korang log on to

www.rwgenting.com

6) ALAAAA, apa yang saya tahu persembahan dia malam la. takkan nak balik dari genting malam-malam buta?

kalau macam tu, korang try la usha website genting sebab pada waktu cuti sekolah ni, dorang ada buat promotion dari segi bilik, games and all that. so, kinda worth la jugak kalau kau lepak genting sekarang ni. dapat tengok magic, bilik pun murah and lagi murah kalau anda datang bersama family. boleh usha dekat website genting pasal harga bilik, games and all that.


7) macam mana dengan harga Peter Marvey ni? mahal tak? berbaloi tak untuk tengok dia ni?

untuk Peter Marvey ni dia ada 3 kategori which is VIP, PS1 and PS2. harga untuk VIP dewasa ialah RM 118. VIP kanak-kanak ialah RM 68. harga untuk PS1dewasa ialah RM88 dan harga PS1 kanak-kanak ialah RM48. Manakala harga untuk PS2 dewasa adalah RM48 dan kanak-kanak PS2 ialah RM28

bagi aku quite okay la harga dia sebab dia bukan selalu datang Malaysia and agak susah jugak la dia nak datang Malaysia. so, bila da ada kat Malaysia ni, apa lagi , grab la chance untuk berjumpa dengan dia :)

8) ada harga family tak untuk Peter Marvey show ni?

as what Kevin Tan, Assistant Vice Press of Promotions & Entertainment Resorts World Genting telah katakan masa pelancaran, Genting ialah tempat untuk family. kami menyediakan harga terbaik untuk pakej family. for further info about harga family, anda-anda semua boleh la menerjah webiste Resorts World Genting secepat mungkin la ye :) ye la, takut penuh je nanti

 jadi, apa lagi :) jangan lupakan dapatkan tiket anda secepat mungkin dan sepantas mungkin dan kita boleh berjumpa di Resorts World Genting nanti! :) dan jangan lupa share pengalaman anda bila pergi ke Resorts World Genting untuk tengok performance Peter Marvey yang sangat power tu! biar orang ramai rasa magic Peter Marvey itu menerusi pembacaan yang anda tulis. :)

The end.

tidur dulu. adios amigos. jumpa di Genting Highland pada 3 dan 4 jun 2014 nanti ya!





Jumaat, 31 Januari 2014

Transformers Expo Malaysia 2014 #VMY2014

assalamualaikum dan selamat petang.



2 hari lepas, aku pergi Genting Highland untuk mereka punya Great Launching Transformers Expo Malaysia 2014 yang julung julung kali diadakan di sana. pada tahun ini, Transformers yang merupakan keluaran Hasbro akan menyambut mereka punya besday yang ke 30! *clap clap clap*

aku rasa semua orang da tak sabar nak tunggu movie terbaru Transformers iaitu Transformers : Age of Extinction. well, most likely about, buat sesiapa yang nak lepas gian dengan Transformers, anda-anda sekalian boleh ke Genting Highlang sekarang bermula dari 31 Januari 2014 which is today la *hahahaha, keji la kau baru update entry ni sekarang* and will be end on 16th February 2014.

what is Transformers Expo Malaysia 2014 actually? well, it well organized and sponsored by Target Exposition Sdn Bhd, Resort World Genting, Hasbro and Tourism and Culture Malaysia. jadi, buat sesiapa penggemar and die hard fan *again, PENGGEMAR DAN DIE HARD FAN :)* kepada Transformers, boleh la berkunjung ke Genting sekarang untuk ke Ekspo itu :)

apa je yang ada dekat Transformers Expo Malaysia tu?

well, masa aku dengan rakan blogger yang lain pergi sana, ada satu hall tu khas untuk sejarah Transformers, sejarah dari mula mula those Transformers hidup sampai la mereka besar and then perang between Autobots and Decepticon. lepas tu ada hall untuk robot-robot dari pungumpul transformers seluruh dunia telah dikumpulkan di situ. like seriously, *untuk bebudak lelaki la* that hall is really amazing. rahang aku macam da nak jatuh kot tengok all the robots yang ada dekat hall tu. serius teruja gila barbie tengok semua tu

bila bergerak ke hall seterusnya, lagi la rahang aku jatuh ke lantai terus. it's CHEVROLET'S CAMARO!!! tahu tak apa tu? kereta warna kuning bumblebee yang super awesome tu bila dia bertukar menjadi kereta. aku da macam , oh my goodness. what is this ? mimpi ke apa? by the way, masa aku pergi sana, bebudak lain termasuk la blogger, media, even polis pun bergambar sakan dengan chevrolet's camaro dari dalam hingga ke luar kereta. yes, kau baca apa yang aku tulis. dorang siap masuk dalam kereta kuning tu and bajet bawak kereta tu lalu bergambar macam kereta tu dorang yang punya. KAH KAH KAH.

by the way, aku rasa tu je la hari di mana kereta tu boleh dibuka untuk bergambar di dalam dan tiada hari lain. ye la, aku rasa hari lain akan sangat full dengan orang ramai. next hall ialah War Zone. scene perang-perang between the autobots and decepticon and human ada dekat kawasan tu and also 3D of cube pun ada dekat situ. lepas tu, ada 3D tunnel. phewwwiitt. 3D tunnel memang sangat best! akan ada TV besar gabak dan kau akan dapat pakai speck 3D untuk lihat kesan dan aksinya. heh, tak nak cakap banyak. nak tahu dengan lebih lanjut, ang pi la sana.

and hall terakhir ialah Arena of Star Genting Highland. dekat Arena of Star akan ada robot Optimus Prime setinggi 23 kaki dan robot Bumblebee setinggi 18 kaki. tapi korang takboleh pegang robot besar gabak tu la. heh. kalau nak pegang dan bergambar, well, korang boleh bergambar dengan Optius Prime yang setinggi 9 kaki manakala Bumblebee setinggi 7 kaki. jadi, bergambar la dengan dorang ni sepuas puas hati :3. selain itu, dekat Arena of Star juga akan ada Augmented Reality *dekat BB dulu pernah apply benda ni* and 3D mapping, suit for kidddo! akan ada juga kuiz atau trivia sepanjang hari yang akan dikendalikan oleh emcee yang terlibat.

pengunjung bertuah maybe akan dapat hadiah, goodies, robot transformers, toys and whatsoever lagi la semasa pada hari kejadian. jadi, apa tunggu lagi, buat sesiapa yang PEMINAT TEGAR TRANSFORMERS DAN DIE HARD FAN GILA BARBIE punya, boleh la datang ke Transformers Expo Malaysia 2014 di Genting Highland.

senarai harga adalah seperti berikut

dewasa : 55 myr

kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun: 45 myr

bawah 4 tahun hingga baby : free

warga emas lebih 60 tahun : 45 myr

harga family , 2 dewasa, 2 kanak-kanak : 180 myr

untuk sebarang pertanyaan lanjut atau ingin beli awal tiket , boleh melawat laman web ini

@Resort World Genting

@MyDeal.com.my

kalau rasa nak pergi, jom pergi reramai!! i've already have 4 passes for this expo :) each pass is 55 myr :) . terima kasih kerana membaca!





Khamis, 23 Januari 2014

Press Conference of Il Divo - A Musical Affair Live at Resort World Genting.

assalamualaikum dan selamat petang. salam cuti semester untuk bebudak degree dan salam bekerja buat sesiapa yang bekerja la.


Press Conference untuk Il Divo da lama berlangsung. almost a month a go. -,- nampak tak betapa kejinya kau sebab lambat update entry. by the way, sekarang masa yang sesuai untuk update tentang Il Divo ini. heh. sebelum itu, korang kenal Il Divo? kenal? ke tak kenal? ke kenal?

Il Divo ni terdiri daripada 4 orang artis atau penyanyi yang super power which is

Urs Buhler dari Switzerland,

Carlos Marin dari Sepanyol,

Sebastien Izambard dari Perancis dan

juga David Miller dari USA.

bila cakap pasal David Miller, tetibe teringat dekat Bea Miller yang selalu buat cover dengan Boyce Avenue tu. ada hubungan ke dorang ni? KAH KAH KAH, kau memang selalu melalut ke mana-mana entah. berbalik kepada topik utama, Il Divo akan membuat konsert mereka iaitu Il Divo - A Musical Affair di Arena of Star Genting Highland pada 14 dan 15 Mac 2014 yang akan bermula tepat jam 8.30 malam.

Event Il Divo - Musical Affair ini mendapatkan sokongan penuh daripada Malaysia Major Events, a division of Malaysia Convcention & Exhibition Bureau which is an agency under the Malaysia's Ministry of Tourism and Culture. secara jujurnya, aku baru kenal Il Divo bila aku datang ke Press Conference ni. tapi bila aku tanya dekat facebook and twitter and instagram

"who is Il Divo ni? I already got their Musical Affair album and tiket untuk tengok konsert dekat Genting Highland"

dan semua orang mula komen and hantar mesej. antara contohnya

"haip Nazrul, you want to sell the ticket? my kawan sanggup beli dari you. berapa you jual?"

"Nazrul, ada orang mintak number kau and tanya pasal Il Divo."

"hai, are you Nazrul? I want to buy your ticket. nak beli for my dad and I am their huge fan since kecik lagi."

"nanti kirim salam dekat penyanyi-penyanyi yang kacak tu. hiks."

and I was like -,- oh okay, HAHAHAHAHAHAHAHAH, semua orang kenal Il Divo and aku tak kenal diorang langsung. terus lepas tu, aku amik album Il Divo - Musical Affair yang aku dapat dari Press Conference and pasang dekat laptop. cucuk earfon dekat laptop dan dengar.

Oh oooooooo.

bila dengar suara Il Divo, tetiba terus teringat Phantom Of the Opera yang aku belajar masa tingkatan 2 dekat sekolah menengah berhampiran rumah. suara ala-ala soprano and sangat macho. :3 okay, dengan album yang terbaru , which is Il Divo - A Musical Affair ; The Greatest Songs of Broadway Live' , banyak lagu-lagu menarik yang dimuatkan ke dalam tu. antara lagu-lagu yang ada ialah Phantom of The Opera (my favourite!!!), Carousel and West Side Story dan ada juga ft Barbra Streisand, Kristin Chenoweth, Nicole Scherzinger (its Pussycat Dolls yo!!!!), Heather Headley and Michael Ball.

untuk konsert Il Divo di Genting Higland yang akan berlangsung upcoming Mac ini, mereka akan menyanyikan beberapa lagu yang catchy seperti Memory, Can you feel the love tonight, Bring Him Home, tongiht , Some Enchanted Evening dan banyak lagi la. hahahahhahahaha, kau nak tahu semua, kau pergi la sendiri konsert Il Divo ni.

tiket konsert mula dijual pada orang ramai bermula dari 2 Januari 2014 which is a long time a go (seee! keji la kau Najrul update blog lambat kemain) dengan harga 980 myr, 790 myr, 590 myr, 390 myr, 280 myr dan 180 myr. buat sesiapa yang ada Genting Reward Card member dan merupakan 1000 pembeli terawal tiket konsert Il Divo ini, akan mendapat 20% diskaun manakala after 1000 pembeli terawal and ada juga Genting Reward Card member, akan mendapat 10% diskaun sahaja. pesanan penaja daripada Genting ; BE A GENTING REWARD CARD MEMBER now, registration is free and easy. (da macam promoter habis. hiks)

untuk maklumat tambahan mengenai Il Divo  dan konsert ini, boleh hubungi

03 2718 1118 atau boleh lawat

@www.rwgenting.com

jadi, apa lagi!! heh, jom la atengok Konsert Il Divo - A Musical Affair ; The Greatest Songs of Broadway Live'. me? already got 2 passes , each pass worth 390 myr dan tengah pilih hari nak ke Genting Highland untuk tengok konsert Il Divo. :) and jangan lupa beli album mereka :) just lovely and super gempak :D

jumpa di sana!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...