Selasa, 15 Mei 2012

Rajawali of Awana Genting

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

percutian ke Hotel Awana ditaja sepenuhnya oleh Awana Genting dan Nuffnang.


Rajawali Coffee House ialah tempat makan untuk Hotel Awana ni. jadi, lunch ke dinner ke sarapan ke apa ke, kalau nak makan, semua hadap ke Rajawali ini.

makanan dia sumpah best gila weh! setiap kali nak makan, aku memang tak sabar nak rasa all the food yang ada dekat situ. siap aku tapau lagi. over kau nyah! haha


ini pulak view dari Rajawali. seriously, this is awesome. ye la, sambil kau makan, kau boleh layan panorama bukit yang sungguh mengasyikkan. it's padang golf actually. tak kisah la apa panorama dia, tapi memang ohsem and superb. oh yeah. 

sangat cun tau dia punya view. kau makan pun bajet tenang je. tapi dia pasang jaring la. mungkin takut ada burung yang datang and kacau kot.

ok, da tak nak cakap banyak. jom layan gambar je la. sambil layan gambar, aku akan story morry sikit. heh.


Lunch First Day.


aku memang buta amik gambar ditambah lagi dengan kamera cabok yang digunakan, memang tak berapa nak cun la gambar makanan ni. haha. memang fail la kalau aku buat blog makanan. heh.

ini lunch untuk first day aku dekat Awana Genting. actually, dua hari je dekat sana. so, time makan tu, memang bersungguh-sungguh la aku makan. ye la noks, bukan selalu dapat makanan sedap macam ni.

aku tak ingat apa nama nasi dia. tapi memang sedap la. kalau tak sedap, takde la aku bertambah kan? heh. and untuk lauk, aku ada amik sotong dia yang sangat enak dan juga ayam berkuah dia. 

lovely. :)


ni pulak minuman aku. somethin rose cordial kalau tak silap aku. #okbai. aku memag pelupa and ada masalah short term memory. tapi, apa susah? kau orang datang je Awana and carik this Rajawali. memang tak akan menyesal punya la. all those food yang terhidang memang sedap.


ni pulak untuk dessert. disebabkan aku tamak dengan semua kek yang ada, maka gigih aku penuhkan pinggan aku dengan each type of cake. kau hado? haha. btw, all the cakes and the puding snagat menyelerakan dan langsung tak mengecewakan. 

bila cakap tentang cake, ia ada berbagai-bagai jenis cake. jadi, siapa yang tak nak lepaskan peluang untuk merasa semua cake kan? heh. puding juga begitu. ada berbagai jenis dan rasa. also, the koktel. awesome. dengan cawan bersusun macam ada majlis besar gamaknya.

kadang-kadang aku feeling tengah makan dengan kerabat diraja. #okbai.

untuk dinner hari first, makan dekat Pasar Ikan Bakar, yang ni aku update lain sebab Pasar Ikan Bakar sangat special untuk diceritakan. :)

Breakfast of Second Day.

bercerita tentang breakfast, family aku memang selalu hidang breakfast, jadi dekat Rajawali of Awana , aku takde masalah nak baham semua jenis makanan breakfast dia. ye la, ada orang tak boleh nak telan banyak makanan sangat masa breakfast. nanti sakit perut la, apa la. manja la perut kau orang ni. heh

okay, jom layan gambar.


first meal breakfast aku is kentang, hotdog and telur mata kerbau serta disalut dengan sos tomato. aku rasa tu bukan hotdog biasa sebab hotodog dia mempunyai saiz yang agak besar dari biasa. err, mungkin hotdog berinti lembu atau kambing agaknya. =.='

by the way, as usual, apa kata, kau orang try breakfast dekat Rajawali and try hotdog tu jenis apa. haha. tapi serius puas weh. da la gemuk dan gebu dia punya hotdog. memang puas la kan?


yang ni pulak, Guava Juice. eh? ingat pulak aku. haha. semestinya aku ingat sebab air dia serius sedap uolls. adalah 5,6 kali aku ulang alik ambil air ni. 

what such a lovely guava juice. :)


dan telur separuh masak dicampur dengan sedikit kicap.

disebabkan aku memang telan je apa-apa jenis makanan, telur separuh masak ni pun aku baham jugak. aku letak 3 biiji telur separuh masak kalau tak silap. gila best weh. sedap pun memang ye la. orang cakap, makan telur separuh masak ni bagus untuk kesihatan. eh ? ye ke?

entah la, aku tak pernah amik tahu pun. aku selalu telan je. janji sedap and perut pun senang hati. heh.

Lunch Second Day


yang ni memang melantak habisan. lunch second day memang melantak bagai sebab

1- baru habis jungle trekking. akan di update nanti. :)

2- lepas lunch akan terus balik. 

sebab tu lunch of second day kena melantak banyak gila. haha. banyak jugak la aku melantak untuk sesi yang ini. untuk first lunch ni, 

nasi kosong, ikan goreng and ikan hancur masak apa entah. tapi memang sedap. woot woot. yang ikan hancur tu siap aku bertambah uolls! memang enak sangat


next is Spagetti plus white sauce with kentang lecek. yang ni aku kureng sikit, white sauce dia tak berapa nak jalan dengan aku. yang ni aku makan dengan kelajuan cahaya sebab nak amik hidangan lain.

memang tabiat aku jarang nak membazir even dapat makanan free pun. tapi kentang lecek dia sumpah terbaik. best and sedap. heh.


hidangan ketiga aku. ayam stew and again kentang lecek. sedap. ayam dia memang paling aku layan la! ayam dia jenis yang takde tulang, lagi la aku layan masyuk gila. bertambah-tambah jugak la. heh

kalau perut tong macam aku ni, kau jangan cakap la. haha


dessert. :)

again. macam first day, aku amik berbagai-bagai jenis cake sebab nak rasa semua cake yang ada dekat situ. heh.

ada yang masuk tekak aku, ada jugak yang tak berapa nak masuk tekak aku. eh?


dan koktel. sedap. :)

ada putaran krim and strawberi di dalamnya. layan la jugak. 

kalau nak difikirkan, all of these food and drink, memang puas sangat-sangat. sedap pun ye jugak. heh. da kalau free, semua makanan jadi sedap la kan. tapi seriously, makanan kat Rajawali of Awana ni memang sedap.

memang puas la and tak menyesal punya. service dia pun bagus jugak. after kau habiskan one meal and bangun untuk amik second meal, eh? pinggan first meal dah takde. dikira bagus la tu sebab tak la menyemak nanti meja kau dengan pinggan-pinggan yang kotor.

bagi yang vegetarian pulak, memang ada je makanan khas untuk vege. so, Rajawali of Awana ni sesuai untuk semua golongan umur, bangsa, dan berbagai-bagai lagi.

jadi, siapa-siapa yang nak try makanan yang pelbagai, aku suggest, pergi la menginap dekat Awana Genting and rasalah nikmat makan kat Rajawali. memang tak akan rugi!!!!!!!!!!!!!

jadi, tunggu apa lagi, bercuti la ke Awana Genting!!!!!!!!! hee.

till then. love

let's twittering peeps.

kave down, 1400










3 ulasan:

Hafiz Hafizol berkata...

ok.

Nisa Fuzi berkata...

haha meleleh dah ni tgok makanan

Unknown berkata...

untunglah!

sedap kot!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...