Ahad, 8 Ogos 2010
~ say alhamdulillah.
from hellhole to the stairways of heaven. changing fron bad to good. say alhamdulillah.
aku duduk di balkoni rumah. jam di telefon bimbit menunjukkan angka 1 pagi.kerja sekolah tentang biology dah lama dia khatamkan. namanya je cuti hari sabtu dan ahad tapi kerja sekolah tahap membunuh dan lehernya rasa nak tercekik menjawab segala bagai latihan yang di beri oleh gurunya.otaknya kini tepu dengan segala memori tentang Loop of Henle dan Islet of Lengerhans. telinga kini dah berdentum dengan lagu big girls dont cry oleh fergie.
aku tersenyum. spm dah nak dekat. tinggal 2 bulan je lagi ! huh. rasa tension mula datang bergolek-golek macam bola.. sakit kepala datang silih berganti bila memikirkan tentang spm yang bebannya macam angku guni 10 tan.kalau hendak difikirkan pun memang sangat gerun.
jet menepuk bahu aku." uit. kau tengok apa?" tanya jet. dia mengambil tempat di sebelah aku. " layan perasaan ke?"
aku hanya tersenyum. " jet, muka aku ke yang layan perasaan? bukan kau ke mat jiwang layan segala bagai bunga lepas tu hadam dalam perut." balas aku.
" huh? hadam dalam perut." jet dah nak tergelak. " mana kau dapat ayat tu. bersastera sungguh. shakspeare huh?" tanya jet.
"aku reka sendiri je." aku bergumam. " by the way, bio dah siap?" aku bertanya kepada jet. jet membuat muka sedih.
" euu, janganlah kau tanya soalan luar alam tu. tunggu nak spm baru aku siapkan." jet dah menguap. " pukul berapa kau nak tidur ni?" tanya jet.
aku merenung ke langit. southern cross cantik kelihatan.
jet juga memandang ke arah langit.
" lawa." kata jet.
" setuju."
" siapa yang cipta?" tanya jet.
" allah for sure." jawab aku.
" true."
aku memandang ke arah jet. " kau minat astronomi kan?" tanya aku. jet hanya mengangguk.
aku memandang kembali ke arah langit.
" aku kagum dengan ciptaan allah. semuanya superb and lawa. tipulah kalau USA kata dia dah jelajah seluruh pelosok alam semesta ni. aku sanggup potong jari kalau diorang cakap macam tu." kata jet.
aku tersenyum. " tapi mentaliti masyarakat barat yang mengagungkan USA." kata aku perlahan. jet mendengus.
" kat dalm al-quran banyak je cerita tentang astronomi. al-batani pun ada je cerita dan kaji tentang astronomi tapi barat dan pengaruhnya meletakkan bibble si luar alam dan kajian galileo galilie sebagai rujukan utama. "
" gila pilih bulu." kata aku jelek. " truly manners aku rasa USA tu ayat je lebih bila jumpa itu ini. tapi hasilnya entah apa-apa. contoh la. sekarang NASA tengah survey another galaksi untuk mencari planet yang mempunyai komposisi macam bumi. gila membazir duit rakyat sungguh. kalau diorang dapat jumpa, diorang nak buat apa? hubungan diplomatik?" kutuk aku..
jet menggaru kepala yang tidak gatal. " aku rasa tadi kita study pasal biology bukannya tentang agama islam." jet sengih. aku menurut sama.
" tak semestinya kena hadap buku teks agama islam baru boleh cakap pasal islam, pasal allah. islam tu kan universal. di mana-mana sahaja kita boleh bercerita, bercakap, berkongsi tentang islam. tak kisah lah bersama siapa-siapa pun. asalkan ada isi even isi tu seciput biji sawi." ceramah aku.
" ye la pak cik." kata jet. jet melihat telefon bimbit. kemudian menggosok-gosok matanya yang terasa perit. " dah pukul 2.45 pagi. tidur la. sambung esok la. esok nak buat literature lagi. kang nanti pengsan sebab tak cukup tidur." jet tersengih.
" jom," aku bangun dari kerusi sebelum menutup sliding door.
selamat malam bintang,may allah bless us. love.
from deen aurora ashra.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan