Khamis, 13 Mei 2010

~ page 24

“ Macam kau tak kenal dia pulak.” Tina mengambil kentang goreng lalu menghulurkan RM1 kepada mak cik kantin. Lily pula sedang melihat makanan yang disediakan.
“ kau ni nak beli apa?” tanya Tina kepada Lily.
“ Mm, tak jadi la. Pergi koop kejap. Aku nak makan choc heart la.”
“ Gatal.” Kata Tina. Kemudian, Lily dan Tina bergerak pula menuju ke koperasi sekolah.
“ Well, seems like budak-budak perempuan dah teruja habisan dapat jumpa dengan Thakif.” Lily mengambil Choc heart lalu menglur RM1 kepada penjaga koperasi. “ Tina kau nak ais krim?”
“ Tak nak. “ Jawab Tina pantas. “ But, siapa yang tak teruja. Well, dia sangat handsome maa.” Mereka mula bergerak keluar dari koperasi.
“ Kita nak pergi mana ni?” Tanya Lily.
“ taman croton. Girl, takkan nak makan berdiri. Alih-alih thakif nak ambil aku jadi adik angkat dia, terus dia tak nak ambil aku lagi dah.”
Gelak.
“ Anda-anda sekalian sangat luar biasa.” Kata Lily. Gelak lagi.
“ Well, budak-budak KSD kat sini berapa hari?” Tanya Tina kepada Lily.
“ Entah.” Kata Lily sambil menjungkit bahu. Lily mengambil tempat pada kerusi yang terdapat pada Taman Croton lalu menggigit sedikit Choc Heart.
“ Should i know?” Tambah Lily lagi.
“ Heartless.” Balas Tina.dia mengambil tempat di sebelah Lily.
“ Sekurang-kurangnya aku tak menggedik macam Sara or Myra.” Kutuk Lily. “ Menggedik nombor satu.” Gigit Choc Heart lagi. Myra yang kebetulan lalu di hadapan Lily, hanya menjeling geram sebelum berlalu pergi.
“ lain kali nak gaduh dengan aku pastikan baju kau tak basah!” laung Lily. “ Baru puas hati aku.” Tambah Lily kepada Tina.
“ Totally heartless.” Jawab Tina. Gelak.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...